KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN

Big Bird's Lamborian ialah jenama produk berasaskan minyak burung unta yang dikeluarkan oleh MS Enterprise, Parit, Perak.

Apakah kelebihan minyak Big Bird's Lamborian?
Halal! Alami (semulajadi)! Merupakan campuran minyak ostrich (burung unta) dan minyak zaitun!

Apakah keistimewaan minyak ostrich dan minyak zaitun?
Kedua-duanya rahmat Allah s.w.t kepada manusia! Kedua-duanya telah digunakan sejak zaman purba sebagai bahan kosmetik dan perubatan. Apabila kedua-duanya dicampurkan, keistimewaannya berganda!
Minyak ostrich adalah minyak kecantikan Ratu Cleopatra Mesir. Dalam Al-Quran, Surah Al-Nur ayat 35 pula, Allah s.w.t menyebut pokok zaitun adalah pokok yang diberkati

Keistimewaan Minyak Burung Unta

Minyak burung unta mengandungi Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 yang sangat diperlukan oleh kulit, non-comedogenic, atau dengan kata lain, mudah diserap oleh liang roma (clog pores), bebas bahan chemicals.
Telah lama digunakan untuk mengubati arthritis, radang, perit dan sakit otot, dermatitis, kulit kering, rambut kering, sakit urat akibat terlalu lama berbaring dan lain-lain penyakit ringan oleh orang Mesir purba, Rom purba dan orang-orang Afrika.

Di Amerika Syarikat dan negara-negara barat, khasiat burung unta sudah lama disedari dan telah banyak produk berasaskan minyak burung unta dikeluarkan.

Antara khasiat minyak burung unta ialah:
  • Melembutkan kulit dan menyuburkan kulit secara semulajadi.
  • Selamat digunakan ke atas kulit yang lembut dan halus, bayi dan kanak-kanak.
  • Mengubati kulit yang kering, melecek, melecur, merekah dan sun burn.
  • Mengubati sengatan serangga.
  • Mengubati eczema, psoriasis dan dermatitis.
  • Merawat pembentukan kulit kaki yang tebal dan penjagaan kaki penghidap kencing manis.
  • Penjagaan kuku dan boleh merawat kuku merekah dan kulit ari-ari kuku yang bermasalah.
  • Melegakan sakit lutut dan pinggang.
  • Melegakan sakit sendi dan tulang.
  • Merawat masalah keguguran rambut.
  • Selesema, sembelit dan juga budak kembung perut

KEISTIMEWAAN.....

Burung terpantas, terbesar, tertinggi dan terlasak di atas muka bumi.

Minyak burung unta dikeluarkan daripada burung unta (ostrich) atau nama saintifiknya, Struthio Camelus, spesis burung yang terbesar, tertinggi dan terpantas.

Minyak burung unta mengandungi Omega 3, Omega 6 dan Omega 9. Kulit yang kering menyukai asid-asid lemak (fatty acids) yang penting ini. Campuran minyak burung unta dengan lain-lain minyak yang sebenar, butter dan ekstrak herba menghasilkan kesan-kesan yang menakjubkan.

Minyak burung unta adalah non-comedogenic (bukan bahan berlemak yang boleh menyebabkan jeragat), atau dengan kata lain, mudah diserap oleh liang roma (clog pores).

Minyak burung unta telah lama digunakan untuk mengubati arthritis, radang, perit dan sakit otot, dermatitis, kulit kering, rambut kering, sakit urat akibat terlalu lama berbaring dan lain-lain penyakit ringan oleh orang Mesir purba, Rom purba dan orang-orang Afrika.

Rahsia kecantikan Cleopatra ialah minyak burung unta!

Ratu Cleopatra Mesir purba terkenal cantik. Apakah rahsia kecantikannya? Jawabnya: minyak burung unta! Cleopatra menggunakan minyak burung unta sebagai produk penjagaan kulitnya. Minyak burung unta adalah bebas daripada bahan kimia.

Penyelidikan di Malaysia

Di negara kita, minyak burung unta baru disedari khasiatnya. Oleh itu, pengeluaran produk berasaskannya pun baru bermula. Sekarang ada penglibatan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam penyelidikan kerjasama dengan sesetengah syarikat penjagaan kesihatan. Namun di Amerika Syarikat dan negara-negara barat, khasiat burung unta sudah lama disedari dan telah banyak produk berasaskan minyak burung unta dikeluarkan.

Sebuah syarikat di USA yang mengeluarkan produk-produk kesihatan dan kosmetik berasaskan minyak burung unta mengakui kehebatan khasiat minyak burung unta. Enchanted Valley's Ostrich Oil Products telah mengetengahkan beberapa testimonial mengenai faedah dan khasiat minyak burung unta berdasarkan testimonial para pengguna produknya.

No comments: