Kenapa Burung Unta?
Burung terpantas, terbesar, tertinggi dan terlasak di atas muka bumi.
Minyak burung unta dikeluarkan daripada burung unta (ostrich) atau nama saintifiknya, Struthio Camelus, spesis burung yang terbesar, tertinggi dan terpantas.
Minyak burung unta mengandungi Omega 3, Omega 6 dan Omega 9. Kulit yang kering menyukai asid-asid lemak (fatty acids) yang penting ini. Campuran minyak burung unta dengan lain-lain minyak yang sebenar, butter dan ekstrak herba menghasilkan kesan-kesan yang menakjubkan.
Minyak burung unta adalah non-comedogenic (bukan bahan berlemak yang boleh menyebabkan jeragat), atau dengan kata lain, mudah diserap oleh liang roma (clog pores).
Minyak burung unta telah lama digunakan untuk mengubati arthritis, radang, perit dan sakit otot, dermatitis, kulit kering, rambut kering, sakit urat akibat terlalu lama berbaring dan lain-lain penyakit ringan oleh orang Mesir purba, Rom purba dan orang-orang Afrika.
Rahsia kecantikan Cleopatra ialah minyak burung unta!
Ratu Cleopatra Mesir purba terkenal cantik. Apakah rahsia kecantikannya? Jawabnya: minyak burung unta! Cleopatra menggunakan minyak burung unta sebagai produk penjagaan kulitnya. Minyak burung unta adalah bebas daripada bahan kimia.
Penyelidikan di Malaysia
Di negara kita, minyak burung unta baru disedari khasiatnya. Oleh itu, pengeluaran produk berasaskannya pun baru bermula. Sekarang ada penglibatan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam penyelidikan kerjasama dengan sesetengah syarikat penjagaan kesihatan. Namun di Amerika Syarikat dan negara-negara barat, khasiat burung unta sudah lama disedari dan telah banyak produk berasaskan minyak burung unta dikeluarkan.
Sebuah syarikat di USA yang mengeluarkan produk-produk kesihatan dan kosmetik berasaskan minyak burung unta mengakui kehebatan khasiat minyak burung unta. Enchanted Valley's Ostrich Oil Products telah mengetengahkan beberapa testimonial mengenai faedah dan khasiat minyak burung unta berdasarkan testimonial para pengguna produknya.
No comments:
Post a Comment