Thursday, May 04, 2006

Testimonial - Pengakuan Pengguna

Pengguna 1:

Pada satu hari, jari tangan saya tersepit pada pintu ketika tergopoh-gapah menutup pintu untuk ke sekolah. Kejadian seperti ini pernah berlaku menyebabkan jari tangan saya bengkak dan sakit beberapa hari. Dalam kejadian terakhir baru-baru ini, saya segera menyapu minyak Big Bird's Lamborian yang baru saya beli. Jari saya yang tersepit itu ternyata tidak membengkak dan tidak sakit berpanjangan.

Kemudian, saya menyapu minyak ini pada paha saya yang berselulit kerana saya diberitahu minyak ini juga boleh mengurangkan selulit. Selulit pada paha saya ini selalu ditegur oleh suami saya sebelum ini. Sebagai seorang isteri, saya malu dengan teguran itu. Saya menyapu minyak ini pada selulit di paha kanan saya. Saya sengaja tidak menyapu minyak ini pada paha kiri yang juga berselulit kerana saya ingin menguji minyak ini seperti yang diwarwarkan. Dalam dua tiga hari, saya dapati tanda-tanda selulit pada paha kanan saya berkurangan berbanding selulit pada paha kiri. Saya mula yakin pada minyak ini dan terus memesan daripada penjualnya.

Ada satu lagi kejadian. Anak saya terkena gelang saya pada dahinya menyebabkan dahinya tercalar. Anak saya menangis kesakitan. Darah kelihatan pada luka itu. Dia terus mengamuk. Tangan saya dipegangnya sambil meloloskan gelang itu dan kemudian membaling gelang itu ke pintu. Saya segera mengambil minyak Big Bird's Lamborian dan menyapunya pada luka itu. Luka pada dahi anak saya itu tidak membengkak dan tidak melarat. Jika sebelum ini, luka seperti itu sudah tentu akan membengkak. Tetapi luka anak saya itu kering dan tidak berair.
Saya juga menyapu tumit kaki saya yang merekah dengan menggunakan minyak ini. Saya dapati ada tanda-tanda tumit saya menjadi semakin lembut dan rekahan pun semakin kurang.

- Guru, Taman Desa Utama, Kuala Lumpur.

Pengguna 2:

Saya terkena minyak panas ketika memasak. Saya terus menyapu minyak burung unta Big Bird's Lamborian. Saya beli minyak ini kerana ingin mencuba selepas diperkenalkan oleh seorang kenalan saya. Selepas menyapu minyak ini, kulit saya tidak melecur, tidak kembung dan tidak berair.

Kemudian pada suatu hari, anak saya pulang ke rumah selepas bermain bola. Sampai di rumah, anak saya tiba-tiba pengsan. Saya dapati ada kesan lebam pada dahinya dan ada tanda-tanda akan membengkak. Saya mengagak tentu anak saya terjatuh semasa bermain bola. Saya menyapu minyak minyak Big Bird's Lamborian. Saya dapati kepala anak saya tidak membengkak.
Pada hari berikutnya, saya terus memesan minyak ini daripada penjual sebanyak dua botol. Oleh kerana saya diberitahu minyak ini juga boleh melembutkan kulit, sekarang saya menyapu minyak ini ke lengan dan kaki saya sebelum tidur. Memang ada perubahan.

- Pengusaha kantin sekolah menengah, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur.

Pengguna 3:

Punggung anak saya gatal-gatal. Kesan parut lama akibat garuan gatal itu masih kelihatan pada punggung anak saya. Saya menyapu krim gatal Big Bird's Lamborian yang baru saya beli selepas diperkenalkan oleh kawan saya. Selepas tiga hari saya menyapu krim itu, kesan-kesan gatal itu hilang.

- Guru, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur

Pengguna 4:

Jiran saya terkena duri di jarinya. Saya perkenalkan minyak Big Bird's Lamborian yang baru saya beli daripada rakan. Saya minta jiran saya itu sapukan pada tempat terkena duri. Syukur, jiran saya memberitahu bahawa sakitnya telah reda. Ekoran dari itu, jiran saya itu membeli dua botol minyak Big Bird's Lamborian daripada saya.

- Peladang, Bukit Merah, Perak.

Pengguna 5:

Pada awal April 2006, saya telah menghadiri satu kursus di Langkawi. Rakan sejawat yang menjadi teman sebilik saya mengadu tubuhnya berasa seram sejuk. Tekaknya berasa perit dan kepalanya terasa pening. Kebetulan saya membawa minyak ostrich Big Bird's Lamborian untuk kegunaan saya sendiri. Saya meminta rakan saya itu menyapu minyak ini pada tekak dan dahinya. Alhamdulillah, ketidakselesaan itu menjadi reda.

Rakan saya itu memuji minyak ini. Dia mengatakan kepada saya yang dia ingin membeli minyak ini. Oleh kerana saya tidak ada simpanan dan yang saya bawa itulah satu-satunya dalam simpanan, saya menghadiahkan minyak itu kepadanya. Sekembali daripada kursus, saya membeli dua botol lagi minyak itu untuk kegunaan saya.
Saya sendiri juga pernah tersepit lengan di pintu. Lengan saya jadi lebam. Apabila saya menyapu minyak ini, saya berasa semacam minyak ini menyerap masuk ke dalam kulit dan lengan saya. Selepas itu, saya dapati lengan saya tidak sakit lagi dan lebam pun hilang.

Pegawai Kanan Pendidikan, Kota Bharu, Kelantan

Pengguna 6:

Saya janda beranak enam yang berusia dalam lingkungan 30-an. Selama dua tiga hari saya berasa tidak selesa kerana berasa gatal-gatal di celah kangkang, lebih tepat, di kedua-dua belah bibir vagina. Tidur malam pun berasa tidak selesa kerana rasa gatal. Saya menyapu minyak angin ostrich Big Bird's Lamborian. Alhamdulillah, pada malam itu saya dapat tidur lena.

- Kerani Bank, Jalan Pasar, Kuala Lumpur

Pengguna 7:

Sebelum kejadian yang menimpa saya pada awal April 2006, saya taklah beri perhatian sangat pada minyak Big Bird's Lamborian apabila kawan saya perkenalkannya kepada saya. Kata kawan saya itu, minyak campuran minyak ostrich (burung unta) dan minyak zaitun ini banyak khasiatnya. Jadi, saya beli satu botol yang berharga RM5 kerana nak jaga hati kawan. Apa salahnya jika saya jadikannya sebagai minyak angin. Lagipun harganya murah.

Tetapi satu petang, ibu jari saya disambar api ketika saya membakar sampah di belakang rumah. Mungkin percikan minyak terkena ibu jari saya kerana waktu itu saya guna minyak untuk bakar sampah. Sakitnya bukan kepalang. Sakitnya berdenyut-denyut. Saya teringatkan kata kawan saya tentang khasiat minyak Big Bird's Lamborian. Dalam keadaan ibu jari berdenyut-denyut kesakitan, saya berlari ke dalam rumah. Saya menyapu minyak Big Bird's Lamborian. Sakit yang berdenyut-denyut tadi hilang segera. Ibu jari saya juga tak melecur dan tak menggelembung. Alangkah tak percayanya saya. Macam magik pula. Tetapi itulah kebenarannya.

Lepas itu saya baru teringat, minyak ini adalah campuran minyak ostrich (burung unta) dan minyak zaitun. Pokok zaitun ada disebut dalam Al-Quran Surah Al-Tin, ayat 1. Kemudian bila diselidiki, rupa-rupanya, masih ada ayat lain dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Nur ayat 35 yang menerangkan secara khusus bahawa pokok zaitun adalah pokok yang diberkati atau banyak berkatnya. Saya menyelidik juga melalui internet. Saya juga dapati rupa-rupanya minyak ostrich (burung unta) dan minyak zaitun telah lama digunakan dalam perubatan dan kosmetik di negara-negara Barat.

- Kakitangan kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur

1 comment:

Anonymous said...

Sesiapa yang alergik pd makanan laut atau daging memang elok sapu minyak botol hijau pada kulit yang bermasalah. Memang licin kulit. Nak kata magik, ini hasil teknologi sains. Tapi minyak ini memang istimewa.